Want your
own Fotopage?








 
Azela's FotoPage

By: Ummi Haziq

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 27-Jun-2008 05:06 Email | Share | | Bookmark
masak2 dan makan2 lagik

semenjak 2 menjak ni, best la plak dok apdet pasai gambaq makan2 ni... ada org kata aku pulun.. cess.. lantak gua la. Fp gua beb.. nak upload natang pa pon.. x suke x pyh tgk. lagi bagus x payah masok.. abis cita.. harini nak tunjuk pic kek untuk budak kecik sempena bufday dia yg ke 4 month.. ape? 4 month?
ye la.. salah ke wei? huhuhu... kek ini aku order dkt kak linda yg cantik tu... ari khamis pg kak linda dtg antar dkt opis aku.. 3rd order nih... 4th order coming soon...
malaih cita panjang... tgk gambaq ja la.. kalo terasa nak makan, silalah order k..










laksa penang dgn sambal sotong ni, menu hari isnin. Hari R.A.J.I.N sedunia.. dunia aku je la.. org lain dah lama rajin..







Sekian untuk hari ni..

sedangnya nampak coklat kek yg Ziela order.....
ooohh ada gak hari rajin sedunia.... tp laksa penang tu mmg favorit akak.....tak puas makan...
Thu 3-Jul-2008 08:36
Posted by:mamasya  - [Link]
wh..sdpnya tgk kek ang tu..terliuq aku weh..
dah mcm mgidam pon ada..jenuhla nk cari..hihihi
Thu 3-Jul-2008 09:14
Posted by:yda mskerek_307@yahoo.com
rajin ziela masak..terliuq pulak tgk laksa tu padahal baru ja buat 3 ari lps Fri 4-Jul-2008 04:54
Posted by:zira  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 24-Jun-2008 07:43 Email | Share | | Bookmark
Menu sendiri bikin + menu order + bb Haziq..

 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...
Tgk tajuk pon dah buhsan.. xpela, janji aku ngaku yg aku mmg malas masak..
Ni menu sabtu lepas.. hari Ahad masak kari ayam. Tp xdak gambaq pon pasai tersgtlah lupa nak snap.. memula cadang nak buat roti jala, cari la daging kisar, xdak la plak. Last2 tukaq pikiran, bli ayam masak kari. Bleh mkn gak tu.. lg kenyang. Hari sabtu masak gak, tapi masak yg senang + simple ja. Ayam kicap limau nipis... sedap gak.. huhuhu..




Malam tu, aku mmg x mkn nasik sbb lunch pon dah lewat, abg ja mkn. Dlm kol 9 tu lapaq plak dah.. abg ckp malas nak kuar. Xpela, suruh org antar.. tepon 1300882525 x sampai 30 minit dah sampai pizza depan umah... senang cita.



Tiramisu tu pon order gak, tq Kak Linda 4 da mabeles n yummy Tiramisu... Mmg sedap.



Masak dah, makan dah.. skrg tgk Haziq plak. Skrg daa pandai masok jari dlm mulut. Ape yg sedap sgt jari dia tu aku pon xtau... 2 minggu lepas ade belikan menan untuk dia. Kalau dia bgn tido, aku tgh buat keje ke apa, letak je menan ni, dia main la sampai dia boring...





Haziq dah boring..


ok untuk kali ni.. kalo ade cita pon, lenkali la cita.. M.A.L.A.S sgt2..

Mmg susah kan ziela bila da kena penyakit M.A.L.A.S tu kan...ubatnya ssh nak carik..
Haziq mmg comel..muuaahhhh..
Thu 26-Jun-2008 09:14
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
cantik..adik suka tgk
adik dah umunkan keputusan pertandingan di fp adik
http://syafiqakram.fotopages.com
jangan lupa tengok siapa pemenangnya di samping ada pic2 terbaru adik...take care...jumpa di fp adik ok....
Thu 26-Jun-2008 15:46
Posted by:ahmad syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
kenangan itu seperti garam dan gula..tatkala kehidupan menjadi tawar...kenangan lah yang akan memaniskan kembali...tatkala kehidupan menjadi hambar..kenanganlah yang akan memasinkan lagi agar kecerian kembali pada kehidupan.... ni abah kata.... betul x kak....adik suka tgk pic2 akak kat sini...jgn lupa add link adik tau Fri 27-Jun-2008 05:16
Posted by:ahmad syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 00:52 Email | Share | | Bookmark
~jom masak~

 
 
 
View all 4 photos...
ni menu yang ntah bila.. rasanya 2 weeks ago. Dah taktao ape nak makan, balik keja dah ckp dkt abg nak masak se'simple' yg bleh. Gi carrefour Sbrg. Jaya, pusing sampai pening xtau gak nak makan pa, last minute abg cakap buat spageti je la. Ok gak tu. beli sos yang dalam tin tu + mushroom dgn pineapple.. siap..!! huhuhu.. sgt simple spageti ni, seswai utk org yg malas masak mcm aku..






Spagetthi Simple nZiela

Bahan-Bahan:-

250 g @ segenggam spagetthi - Rebus dah toskan

1/2 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
1 tin cendawan butang - potong suka hati
nenas - saya guna yg dalam tin
1 tin sos Spagetthi Prego Pedas (Tin Purple)
1 cawan isi ayam kisar
1/2 cawan air
serbuk lada hitam
garam
minyak untuk menumis

Cara:-

Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila dah agak garing masok isi ayam.
kacau hingga isi ayam separuh masak , masok air.
Bila isi ayam masak, masukkan sos spagetthi, garam, serbuk lada hitam.
kalau nak kuah lebih bleh tambah air lagi skit.
Bila dah mendidih, masok nenas dgn cendawan.
biar kejap, bleh angkat dan makan..

ni plak gambaq pau yang kami beli ptg tu. Pau ni inti daging. Mmg sedap. Sesapa yang dok kat kondo mutiara bdr. perda mesti tau pasal pau ni. Dijual oleh seorang pakcik, betul2 depan dewan kondo mutiara. Pada aku n suami, pau inti daging ni yg paling sedap..



lepas masak2 n makan2, kita cuci mata sket dgn munger2 yang di snap secara curi
di garden keluarga sy di kg. Seronok tgk munger2 yang cantik dgn kaler2 yang menarik tuh..

sy suka nih









wah ader spaghetti lah
jom ke fp saya
Sat 21-Jun-2008 14:31
Posted by:ima  - [Link]
Re:Zai mmg kalau jenjalan jauh entry mesti berpart2...

Oppsss bila nak add link zai kat tepi tu???

Jom layan fp baru update..
Mon 23-Jun-2008 15:10
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
pandai msk upanya kwn aku ni..bila nk msk kat aku lak ni??hihihi Thu 3-Jul-2008 09:22
Posted by:yda mskerek_307@yahoo.com
View all 16 comments Add comment


Sunday, 8-Jun-2008 01:10 Email | Share | | Bookmark
Haziq dah 4 bln

 
 
 
View all 18 photos...
spesel entry untuk putera aku ni.. 12 Jun ni genap umo Haziq 4 bln. dah besar, dah makin pandai, sgt suke isap jari2 dia yg comel tu.. x nak duduk dalam stroller, sgt suka bila org dukung dia bawak gi jenjalan tgk org ramai2 kat shopping complex, bila dah buhsan nangis.. mmg pandai ini budak..

semua gambar2 Haziq dkt bawah ni aku amibik time OTW nak balik kg aku di aloq staq nun.. bcoz sabtu tu ada majelis kawin spupu di Titi Gajah. Gambaq org kawin mmg aku nak amik, tapi time aku sampai pengantin pon dah sbes makan, dah abes posing2.. + kemalasan yg x terhingga, satu hapa pon aku x amik.. tunggu org lain punya kawin plak k..





sgt suka isap jari dia tu..





comelnya anak ziela nie....geram tul tengok...
suka isap jari yek... yo la nak makan ayam panggang mama lum boleh lagi kan.. isap jari jer la..
Thu 12-Jun-2008 03:30
Posted by:watie  - [Link]
Comlnyer dia..
Dah 4 bulan yea..
Moga membesar denagn sihat...

Jemput tgk SALE kat fp saya..
****************************************************************************************
SALE up to 40% at Little One Store : http://lonestore.fotopages.com/
Thu 12-Jun-2008 06:06
Posted by:Little One Store littleonestrore@yahoo.com  - [Link]
Comelnye..anak ziela..bila balik alor star...tak dak gambar kat kampung ka...ziela dah pergi dah ka..Tesco yaang baru buka tu... Thu 12-Jun-2008 16:03
Posted by:amal5041.fotopages.com amalhayati68@gmail.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 28-May-2008 04:00 Email | Share | | Bookmark
::Edisi Makan-Makan::Minum Petang + Makan Malam::

 
 
 
View all 6 photos...
Bila penat bercerita mesti la lapar kan?.. (atau aku je yg mcm ni?) ..xpela.. ni cerita minum ptg dgn malam beberapa ari lepas. Lepas balik keja aritu, ujan turun kemain lebat. So.. lapar pon datang la mengganggu perot n fikiran aku ni.. OTW nak balik umah, tgk gerai2 tepi jln, byk yg tutup. Dah abih pk, balik pusing2 di kawasan perumahan bebudak UITM sbrg perai.. nampak arr gerai jual laksam ni. Saje la nak try sedap ke x, sebb tgk ramai sgt manusia dok keliling gerai tu... pas bli laksam, p bli plak brg2 nak buat "Lemon Rosemary Grilled Chicken".. aritu masok FP Kak Madiha, tgk ayam tu dok tergolek-golek, terliur aku tgk. Mlm sebelom tu dah gtau Abg yg aku bebetul teringin nak makan ayam tu... dia ckp esok ptg pas balik keja kita beli la bahan2 nak buat ayam tu..

Pas mkn laksam, teringat plak mango yg bos bagi, ada dalam peti ais. terlupa nak makan.. dah sminggu bos bagi. Aku mintak tolong Abg kupaskan.. ( aku malas)..
pastu dari dapur dgr dia cakap.. " dah siap kupas, nak tangkap gambaq dak? "
aku p tgk, dia dah siap potong, masok dlm pinggan.. buat mcm sayap burung..
xpe la, tangkap p la.. sian dia. Susah payah buat untuk aku.. wakaka..


Laksam b4 tarok kuah...



dah + kuah.. Laksam ni byk sgt la black pepper, rasa pedas berapi..


Mango ni la yg bos bagi... abg sy jadi tukang kupas, sy tukang makan..


Then.. dah selesai mkn2, aku mulakan projek Lemon Rosemary Grilled Chicken tu.. kesimpulan yg aku leh buat..ayam ni mmg sedap, tq to Kak Madiha yg kongsi resepi ni dgn pengunjung2 FP dia.. ayam ni mmg mabeles.. sapa nak rasa, sila buat sendiri k..

Ayam sebelom masok oven..



dah kuar oven.. abaikan yg itam2 tu, saja bg itam... (kaber sket)



dah potong, mkn dgn bake beans.. x kuasa nak buat coleslaw dan kengkawan..



jemput tgk k...

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih - aku masok 5, ikut kak madiha
2 sudu besar olive oil - aku guna minyak biasa ja
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - aku guna carot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2 <--- x masok
1 biji bawang besar dibelah 4 <-- lupa nak masok
2 sudu serbuk Paprika
Kicap Pekat - aku tak bubuh.. ikut kak madiha gak
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:

1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Yg ni MaDiHa guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau bake been.

Kak Amal dah buat Lemon Rosemary Grilled Chicken..gi la tengok..jadi tak..first time cuba..guna resepi dari FP Azela Tue 3-Jun-2008 10:09
Posted by:amal5041 amal5041@streamyx.com  - [Link]
salam, amboi! ayam dia! pergh! terliur ayaq liuq cheq ni ha..... saja dia nk buat cek terliuq aaaaaa........ sedap2 tu, pandai u masak2..... Wed 4-Jun-2008 13:17
Posted by:Big Mamma Bukhari aka ati itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
Rosemarry ayam tu....mesti sedap kan Dayang Mama Haziq Sun 8-Jun-2008 08:10
Posted by:Miscreativecake miss_creativecakes@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 27-May-2008 00:15 Email | Share | | Bookmark
::ANGAH BERTUNANG::

 
 
 
View all 25 photos...
Musim cuti skolah mmg ramai org kawin. Org bertunang pon ramai... entry kali ni spesel untuk Angah Surina yang telah slamat jadi tunang org pada 25 Mei 2008 yg lepas. same day dgn kenduri Waida...

Angah ni Chef.. so, byk hantaran yg dia buat sendiri... aku pon chef gak, tapi ada hari arr.. wakaka...

Angah b4 pakai selendang


Lepas pakai selendang..


Hantaran dari pihak lelaki


hantaran dari pihak pompuan


cincin


Semua ni Angah buat










puding yg bentuk mangga dgn bentuk grapes tuh, kawan angah buat. yang lelain angah buat gak k..

Ye ke.. dekat la dengan ofis kak amal..selalu gak time rehat gi Alor Star Mall..ok..salam perkenalan. Thu 29-May-2008 02:19
Posted by:amal5041.fotopages.com  - [Link]
nice pic dan fp...adik suka tgk...jgn lupa add link adik ok..leh share idea tau

http://syafiqakram.fotopages.com

Thu 29-May-2008 03:18
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
Tahniah atas pertunangan angah.Comei betul anak bujangmu ituw....Dania tua 3 bulan dari baby boy mu... Mon 9-Jun-2008 06:16
Posted by:yullina  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 26-May-2008 23:57 Email | Share | | Bookmark
::Spesel Entry untuk 2 Org Kawan Baik aku::

 
 
 
View all 18 photos...
Smalam dah taip panjang untuk entry nih tetiba ja ilang smua benda yg aku taip tu.. arghh.. tensen gila.. dah internet pon slow .. ptg smalam pon try apdet lagi, x bleh gak.. malas la aku... try arini plak.. tapi arini dah malas nak taip pjg2, kalo nak tau cite pasai 2 org nih, tgk la entry Mieza dgn Rahim, ada skit aku tepek cita diaorg berdua ni...

[b]Perkahwinan Waida & Arif..












Pelamin..



Hantaran Waida untuk Ariff..


Hantaran Ariff untuk Waida..

selamat perantin baruu....... Tue 27-May-2008 15:25
Posted by:me violetvenus_2000@yahoo.com  - [Link]
Salam
ngape kau biorkan matanya merah...
Gunakan psd untuk hitamkan semula....
Kau pun suka gulai kawah ekkkkk
Tue 27-May-2008 22:56
Posted by:mfouzi
comelnya...bila nak melangsungkan majlis perkahwinan. Kalo free, layarilah FP saya Wed 28-May-2008 13:37
Posted by:Shukor Rahim shukorrahim@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 25-May-2008 03:15 Email | Share | | Bookmark
::Spesel Entry Untuk 2 Org Kawan Baik Aku::

 
 
 
View all 17 photos...
Cuti skolah dah start... horaayyy la semua bebudak kat luar tu. Sempena cuti nih mesti byk kenduri, termasuk la kenduri kedua-dua kawan baik aku nih. Pandai diorg pilih tarikh. Sorang kawin 24 Mei, sorang lagi 25 Mei.. yang paling menarik, husband diorg pon kengkawan aku gaks.. cinta bas skolah... 1st wedding kawan aku time skolah menengah smpai skrg, Mieza & Rahim. 2nd Wedding kawan time skolah rendah + menengah + skrg.. Waida & Arif. Kalo time skolah dulu, org panggil Arif nih Mat Kerek.. y panggil cenggitu, x tau la plak kan. Maybe dia mmg Kerek kot.. yerla kan.. budak Kay EL mai skolah di aloq staq...

Rasa best sgt bila tgk kengkawan aku dah ikut jejak aku... nanti anak2 pon sebaya ja..( betul ke ni?) xpe la apepun... ape yang aku tau, aku nak ucap tahniah la dkt diorg, semoga berbahagia smpai ke akhir hayat.. aku syg korang semua..

Majlis Mieza & Rahim... 24 Mei 2008

[b]Mieza...



Mieza & Aku


Mieza & Rahim..




Mieza dah buat muka boring... sbb lapar..


Hantaran Mieza untuk Rahim..



musim cuti sekolah ni ramai yg buat majlis kahwin
mmg gantung periuk lah jwbnya..
Mon 26-May-2008 07:47
Posted by:zira  - [Link]
Thanks sudi tinggal komen kat fp Zai...Jom layan entry baru Zai"Nuha,Mummy Nuha @ KFC"
Dekat seminggu Zai tak update fp Zai kan..busy memanjang Zai sepanjang minggu nie..Dah bersawang nampak fp Zai kali nie...sabar jer laaa....ok sekrg busy tu dah reda kit..Zai kembali menganas...tungguuuuuu........

Wah...Oren lagi ha.....ganas tul colour tu...

Re:tak sempat naik kereta dah cair dlm mulut kitaorang ha... camno nak tapau kat ko...
Mon 26-May-2008 16:41
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 21-May-2008 02:30 Email | Share | | Bookmark
JJCM

skrg nih weekend je slalu balik kg sebab Haziq ada sana... kadang2 x ikut highway ikut jalan bawah ja.. bleh tgk pemandangan.. satu ari tu, time budak2 balik skolah, sesak arr skit jalan tu, kebetulan berenti plak depan kedai NASIK AYAM PERIUK BESAR.. betul2 tepi skolah dkt sg. dua tuh... rasa mcm best jer... gtau abg nak try mkn kat situ, dia ckp balik nanti la.. aku pon ok la. Balik aritu, dari jauh dah pesan suh berenti coz aku nak sgt rasa nasik ayam tu.. ada 2 jenis k.. 1 ayam madu, 1 lagik ayam panggang.. kami beli dua2 skali sbb nak try mana satu best.. ingat nak makan kat sana, abg xnak so tapau je la..
ni ler rupa nasik ayam periuk besar tu..




ni plak sup nasik ayam tu.. penuh dgn kaki ayam tapi sedap tau


Salam ziela..thnk sudi dtng rumah sue..kiutnya baby haziq , murah jer senyum..

lauk simple senang kija..dan sedap...kaki ayam tu klu buat sup best sngt..tp kita sorang jer reti makan..

Fri 23-May-2008 11:16
Posted by:soulha,cairo shibshi07@yahoo.co.uk  - [Link]
Thx for visiting my FP.
Tembamnya baby haziq. Moga2 jadi anak yg soleh.
Nasi Ayam Periuk Besar ... try makan ayam dotmai ... mmg best... sedapppp
Sun 25-May-2008 05:01
Posted by:AM Azham Osman  - [Link]
kat mana location nasi ayam periuk besar tu...
nmpk mcm sedap jer...terliur tgk....
Mon 26-May-2008 03:15
Posted by:fiza  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 21-May-2008 01:56 Email | Share | | Bookmark
Hari Rajin

 
 
Best kan tgk tajuk tuh.. wakaka. Baru datang angin rajin. Slalu singgah FP kengkawan, penuh dengan entry masak2... jeles la plak kan. Bila dtg angin rajin n terasa nak makan, kena la buat sendiri.. (macam la kat kedai xder jual.. huhuhu). Projek kek cekelat nih dah x ingat ari apa, tapi dlm last week la.. sambil kar kek tuh, kemas2 rumah, buat itu, buat ini, kek 'ter'hangit skit kat bahagian atas tu... xpela kan, skit je, lepas taruk topping dah x nampak mender dah... rasa pon sodap jerk...



weekend aritu xtau nak masak pe..( ye ker xtau? ) pk punya pk, teringat resepi kerang berapi kak jie jie.. dah lama print reseipi tu, kalo x salah dari tawon lepas kot tapi x penah buat. Maklumla kan, aku nih slalu sgt terlebih rajin.. pg tuh suh abg beli kerang kat pasar... tapi kalau ikut resipi kerang tu dimasak dgn kulit @ cengkerang dia skali..<-- betol ke ayat aku nih? disebabkan abg xmau masak cenggitu, pelik katanya, aku rebus dulu kerang tu, then buang kulit dia, pastu baru masak cam biasa.. erm.. mmg sodap arr kerang berapi nih.. rugi kalau x cuba...

Bahan2...


kerang berapi..


nih resepi... copy paste jer dari fp kak jie jie..

BAHAN-BAHANNYA

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut-biasalah org kelantan) >diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api ( kalau nak lebih berapi masukkan lebih sikit- anak aye tak tahan pedas )>>diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.

sedap ni....cicah ngan roti lg sedap... ada resepi ni, blh la akak cuba... Wed 21-May-2008 05:32
Posted by:baayah  - [Link]
wah.. ada kerang berapi lah... mmg sedap resepi ni.. masak kerang ni siap kopek lagilah best
re: tq sudi ke fp akak yer... chapati tu senang jer nak buat.. cuma masa menggelek tu kena guna byk tepung sebab utk elakkan dari melekat2.. selamat mencuba
Wed 21-May-2008 06:08
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.